Bagaimana hendak merancang kewangan anda?

Anda boleh dapatkan tips disini atau hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat.

Ingin tunaikan rukun Islam ke-5

Kini anda boleh mendapatkan khidmat pengurusan kewangan untuk menunaikan Haji.

Monday, August 26, 2013

Bankrap atau muflis bukanlah isu yang remeh..!!


Perghh.. zaman sekarang ni, ramai yang jatuh bankrap pada usia yang terlalu muda.Pada tarikh 3 Disember 2012 sahaja, diberitakan bahawa seramai 241,740 individu yang telah diisytiharkan bankrap. Pelbagai faktor yang mendorong kepada status bankrap. Ada yang disebabkan kad kredit, pinjaman peribadi, perniagaan dan pelbagai lagi faktor. Sebelum tue, anda tahukah apa maksud bankrap?

Thursday, August 15, 2013

Biar pape kedana?


Kebiasaan dari zaman saya masih kanak-kanak lagi, selalu saya dengar ayat ini "Biar pape asal bergaya ". Rasanye agak mustahil kalau orang yang tidak sedar akan kesan negatif sekiranya amalan gaya hidup kita dari segi perbelanjaan dari semua aspek bersandarkan konsep pepatah tersebut. Tapi hakikatnya masyarakat kita kebanyakkan nya masih mengamalkan konsep tersebut sekalipun mereka sedar akan kesannya.

Zaman sekarang, tidak kira dari yang sudah tua bongkok sabut hinggalah kepada

Monday, July 22, 2013

Riba? Apa itu Riba?


Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba




Isu riba’ merupakan isu yang penting dalam kehidupan seharian bagi seorang Muslim. Ia mungkin sudah difahami oleh sebahagian Muslim, tapi tidak dihayati untuk meninggalkannya. Riba’ merupakan suatu larangan yang bersifat mutlak oleh Allah SWT. 

Apa itu Riba’?

Apa Jenis-jenis Riba’?

Apa hukuman bagi orang yang degil untuk meninggalkan amalan Riba’?

Apa itu Riba’?

Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1). 

Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).

Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?

A) Riba’ ad-Duyun
Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.

b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.  

Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.

B) Riba’ al-Buyu’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.

a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti). 

Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.

Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:

i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?

A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)  

Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.

B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:

“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.

Nabi saw Bersabda:

“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)

Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.

D) Lebih berat Daripada 36 Kali Berzina.
Nabi saw bersabda:

” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)

E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.
Nabi saw bersabda:

” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.

Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)

Antara faktor ANDA GAGAL menguruskan kewangan..!!


Anda menyimpan? Pengurusan kewangan anda terancang ker masih kelam kabut?
Apa kata anda teliti terlebih dahulu antara faktor yang menjadi penyebab berlakunya kegagalan menguruskan kewangan.

1. TIDAK MERANCANG @ GAGAL MERANCANG
Dalam segala apa perkara pun yang ingin kita lakukan atau ingin mulakan dalam kehidupan ini harus dimulakan dengan perancangan. Sekiranya anda gagal merancang maka kemungkinan besar apa yang anda impikan atau kerjakan turut akan gagal.
Begitula juga berkaitan pengurusan wang, anda perlu merancang perbelanjaan dan perjalanan keluar masuk kewangan anda terlebih dahulu.

2. BIAR PAPA ASALKAN BERGAYA
Zaman sekarang ni, sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat kita untuk berbelanja melebihi kemampuan. Orang guna telefon bimbit baru, kita pun ikut beli telefon bimbit baru. Orang tukar sport rim baru, kita pun ikut tukar sport rim baru. Ditambah pulak dengan hasutan rakan-rakan dan janji manis iklan-iklan di televisyen. Kalau boleh taknak ketinggalan sedikit pun kerana takut dikatakan ketinggalan zaman.
Pengakhirannye, cukup bulan jer gaji keluar, bakinya tinggal negatif. Time tuelah baru nak mengeluh.

3. BERBELANJA MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian.Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

4. MENABUNG? PERLU KER?Bagi yang muda, mereka akan kata "masih terlalu awal untuk menabung", manakala bagi yang dewasa, meraka akan kata " mereka terlalu banyak komitmen" manakala bila sudah tua, mereka takkan kata apa-apa kerana mereka sudah tiada apa dan terpaksa bekerja untuk menyara umue persaraan mereka.
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara.Fikir-fikirkanlah

5. MELABUR DAN MELABUR

Bila sebut melabur, semua orang membayangkan pulangan yang tinggi. Zaman sekarang terlalu banyak produk yang berkaitan pelaburan di pasaran. Oleh itu sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam satu-satu industri, buatlah sedikit kajian atau dapatkan nasihat dari orang yang sepatutnya. Sebab setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Jangan hanya disebabkan keuntungan, akhirnya memakan diri.

Apa sekalipun dengan ilmu, Insyallah segalanya terurus dengan baik. Selebihnya bergantung kepada ketentuan tuhan. 

Tuesday, January 29, 2013

Jangan letakkan nyawa pada takaful?


Ada satu ketika, saya berhajat untuk berada di pejabat untuk membuat sedikit kajian. Tak lama selepas tu, saya dimaklumkan ada individu yang walk in untuk mendapatkan maklumat berkenaan perlindungan perubatan takaful. Yang pasti individu tersebut hanya menumpukan berkenaan takaful.

Individu tersebut bekerja di sektor kerajaan tetapi ditempatkan di Singapore.Menurut beliau, hakikatnya dia memang tidak pernah percaya dengan insurans sekalipun takaful. Tetapi hatinya terdetik untuk mendapatkan maklumat setelah beberapa kali nyaris terlibat dalam kemalangan setiap kali perjalanan ulang alik dari Kluang ke Johor Bahru.

Tapi perbualan kami jadi menarik apabila beliau berkongsi tentang pendapat seorang kawannya.

Individu : Pernah kawan saya bagitau, jangan letakkan nyawa kita pada takaful atau insurans.Apa pendapat encik?

Agak ringkas soalan yang diutarakan.Lalu saya hanya mampu berkongsi dengan ilmu yang ada, dengan harapan jawapan yang bakal saya beri menjawab persoalan beliau.

Saya : Pada pendapat saya, mendapatkan khidmat perlindungan perubatan atau khairat kematian takaful bukan bermakna kita meletakkan nyawa pada takaful. Sebaliknya kita menpersiapkan diri kita sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Tambahan pula kita tidak mahu membebankan ahli keluarga kita yang sediada kita tahu mereka bergantung pendapatan daripada kita.

 Apa agaknya yang akan berlaku, seandainya punca pendapatan kita terhenti disebabkan kita jatuh sakit atau meninggal dunia.Bagaimana dengan keluaga yang bergantung harap pada kita untuk teruskan kehidupan? Bagaimana mereka nak dapatkan belanja perubatan yang semakin meningkat tinggi? Bagaimana anak-anak kita yang memerlukan keselesaan untuk mendapatkan pendidikan pelajaran yang cukup?
Sekiranya  kita mempunyai perlindungan perubatan atau khairat kematian, tidak bermakna kita bersedia untuk sakit atau meninggal dunia pada bila-bila masa. Sebaliknya secara asasnya, kita perlu menjaga kesihatan dan keselamatan kita. Sesungguhnya segala sesuatu semuanya dengan izin Allah SWT.

Agak panjang lebar penjelasan yang saya balas untuk 1 perkongsian ringkas. Individu tersebut hanya mengangguk tanda setuju.

Hadith Riwayat Al-Bukhary juga ada menyatakan
"Tinggalkan anak dan isteri kamu, kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan yang meminta-minta"

Tuesday, January 22, 2013

Kenapa perlu ada kad perubatan?


Bile sebut kad perubatan, ramai yang sudah sediada tahu tapi tidak semua tahu keperluannya. Cuba kalau kita sebut kad kredit, sudah tentu semua orang tahu dan berebut untuk memiliki setiap satu. Mana tidaknya, kad kredit boleh membantu kita menunaikan nafsu membeli kita bila-bila masa tanpa perlu memikirkan akibatnya.

Manakala kad perubatan hanya ada kepentingan pada kita bila mana kita ditimpa musibah, dalam erti kata lain kita ditakdirkan jatuh sakit atau ditimpa kemalangan. Ramai yang kebiasaanya mengambil ringan faktor ini, kerana hakikatnya kita selalu menyangkakan bahawa kita akan sentiasa sihat dan kita cukup terhindar dari ditimpa kemalangan.

Hakikat yang biasa kita cuba mengelak dari memikirkannya adalah, pada era sekarang semua golongan berpeluang untuk sakit, tidak kira usia dan bangsa disebabkan faktor pemakanan yang dipengaruhi pelbagai unsur serta keadaan alam sekitar yang semakin dicemari pelbagai jenis kimia disekeliling kita.

Seperti yang kita boleh perhatikan, setiap hari pelbagai berita berkaitan kematian dan pesakit kronik yang boleh kita baca di dada akhbar. Malah dalam sehari, kita boleh bertembung dengan ambulans yang berpusu-pusu membawa pesakit ke hospital. Tidak cukup dengan itu, hospital kerajaan sentiasa dibanjiri oleh ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan segera  sehingga parking lot yang disediakan terpaksa ditambah kerana lambakan kereta yang tidak dapat dimuatkan di parking yang disediakan.

 hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta

Hakikatnya, semua orang ingin mendapatkan rawatan di hospital, tetapi disebabkan faktor tempoh menunggu   yang lama, ada kemungkinan penyakit boleh melarat atau pesakit terpaksa menanggung kesakitan lebih lama. Apa yang kita tidak tahu, sebenarnya semua orang berhak mendapatkan rawatan dan servis yang terbaik dengan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Tetapi disebabkan faktor kos perubatan yang tinggi, niat tersebut terpaksa dihapuskan.

Fakta yang kita perlu ambil tahu, hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta. Kerana bagi pesakit yang tidak memiliki sebarang kad perubatan, pihak hospital swasta kan meminta bayaran deposit sehingga 50% daripada kos perubatan yang bakal diambil. Bagi golongan yang berkemampuan, sudah tentu tiada masalah tetapi tidak bagi golongan yang sederhana. Dari situlah ada golongan memilih jalan singkat dengan menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran. Secara tidak langsung mengambil risiko untuk menanggung hutang.

Ikutkan terdapat banyak lagi kepentingan kad perubatan yang dapat diulaskan. Tapi nanti saya akan kongsikan selebihnya dalam bentuk pint pula. Sementara itu, anda renungkanlah sendiri.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit


Sudah lama saya terniat untuk menghadiri ceramah yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dianjurkan oleh Bank Negara untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Rasenye nama AKPK ni tidak terlalu asing bagi bank-bank yang ada di Malaysia.

Tempoh hari, saya telah pergi ke Bank Negara buat kali ke-3 , kerana sebelum-sebelum hari tertentu khas untuk ceramah tersebut jatuh pada hari cuti.

Ceramah pada hari tersebut bermula pada jam 3.30 petang, oleh itu saya datang lebih awal sedikit iaitu pada jam 3.00 petang. 
Tibanya saya di kaunter, saya pun bertanya pada staf yang bertugas di kaunter ketika itu.

saya : Cik, saya nak bertanya berkaitan ceramah yang dianjurkan oleh AKPK.

staf : Hari ni dah penuh lah encik. Encik boleh datang semula pada minggu depan.

Saya : Aik, baru pukul 3 dah penuh. Takkan nak postponed lagi. Ni dah masuk minggu ke-3 saya datang ni.

staf : Yelah encik, memang dah penuh. Tapi kalau encik nak join jugak, kene berdiri lah.

Saya pun lantas, terus menuju ke dewan ceramah tersebut. Tenyata apa yang diperkatakan oleh staf tersebut memang benar. Lebih dari 100 orang yang telah hadir ke ceramah tersebut. Ada yang muda, ada yang tua, ada yang kurus, ada yang gemuk, malah ada yang berkerusi roda. Memang semua bangsa ada dalam dewan tue.

Setelah hampir 2 jam mendengar taklimat, peluang untuk memberikan soalan diberi kepada para tetamu. Memang kebanyakkan yang hadir sudah tentu disebabkan tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutang mereka. Malah ada yang telah dikenakan tindakan undang-undang.

Yang memeranjatkan, ada yang menanggung hutang kredit kad dari 6 buah bank. Malah setiap bank memberi 2 jenis kredit kad iaitu visa dan mastercard. So jumlah kesemuanya adalah 16 kredit kad. Tak boleh bayang berapa banyak hutang yang perlu dilunaskan.

Seterusnya pelbagai soalan yang telah diajukan dan pelbagai masalah yang dikemukakan. Setelah selesai, saya pun pulang dengan pelbagai persoalan yang bermain difikiran. Kesimpulan yang saya dapat buat pada hari itu, sekalipun kerajaan atau NGO wujudkan berpuluh agensi untuk membimbing kita untuk merancangan kewangan kita, kalau diri kita sendiri tidak mampu berfikir logik dan mengambil langkah awal berkenaan kewangan kita. Jumlah penghutang yang hadir dengan harapan yang menggunung tidak akan pernah susut.

Survey turut menyatakan :

73% rakyat Malaysia gagal mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan, dengan erti kata lain mengelak dari mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan.