Kebiasaan dari zaman saya masih kanak-kanak lagi, selalu saya dengar ayat ini "Biar pape asal bergaya ". Rasanye agak mustahil kalau orang yang tidak sedar akan kesan negatif sekiranya amalan gaya hidup kita dari segi perbelanjaan dari semua aspek bersandarkan konsep pepatah tersebut. Tapi hakikatnya masyarakat kita kebanyakkan nya masih mengamalkan konsep tersebut sekalipun mereka sedar akan kesannya.
Zaman sekarang, tidak kira dari yang sudah tua bongkok sabut hinggalah kepada
anak-anak yang baru belajar mengira lebih mementingkan gaya daripada sepatutnya bersederhana. Ditambah lagi dengan zaman teknologi yang serba canggih sekarang ini. Mana tidaknya, yang masih bersekolah sudah dilimpahkan pakaian berjenama, yang bergaji rendah sanggup membuat pinjaman semata-mata nak memenuhkan cita-cita memiliki telefon bimbit serba canggih, yang bergaji sederhana sanggup men'swipe' kad kredit tak tentu hala, malah yang tua masih menyimpan hasrat untuk beristeri dua & tiga.
Tak salah mengejar cita-cita sekiranya mengimpikan segalanya.Tetapi biarlah kene pada masanya dan sesuai dengan keadaan ekonomi peribadi yang belum pasti stabil dan kukuhnya. Jangan kerana nafsu membeli, anda berkerut dahi di kemudian hari.
Apakata kita ubah pepatah tersebut kepada "BIARLAH BERSEDERHANA ASALKAN NANTI KITA TIDAK PAPA KEDANA". Bukannya ape, saya sendiri pernah melalui saat mementingkan gaya tapi Alhamdulillah masih terselamat dari terjerumus dari bahana kad kredit.
Bagi yang pernah menghadapi akibatnya,jadikanlah ianya sebagai pedoman untuk menasihati diri sendiri agar tidak terjerumus. Bagi yang belum pernah, jauhkanlah diri dari terjebuk ke kancah isu kewangan. Jika inginkan panduan untuk membuat persediaan pada umur persaraan bolehlah tinggalkan maklumat di fahmitakaful@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment