Perghh.. zaman sekarang ni, ramai yang jatuh
bankrap pada usia yang terlalu muda.Pada tarikh 3 Disember 2012 sahaja,
diberitakan bahawa seramai 241,740 individu yang telah diisytiharkan bankrap.
Pelbagai faktor yang mendorong kepada status bankrap. Ada yang disebabkan kad
kredit, pinjaman peribadi, perniagaan dan pelbagai lagi faktor. Sebelum tue,
anda tahukah apa maksud bankrap?
Utusan 16 Julai 2013 : 6.6% individu muflis kad kredit
Kebankrapan adalah satu
proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan
daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap
penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya
RM30,000
Setiap individu harus sedar bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius
dan sepatutnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Antara kesan ke atas individu
sekiranya diisytiharkan bankrap ialah:
1. Tidak dibenarkan ke luar Negara tanpa mendapatkan kebenaran daripada
Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, sekalipun atas tujuan untuk menunaikan Haji
dan Umrah. Malah ianya perlu melibatkan penjamin.
2. Tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan atau menjalankan perniagaan.
3. Tidak
boleh terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja
syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat
kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah
Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?
Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.
Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.
Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?
1. Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
2. Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
3. Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.
Malahan status bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.
0 comments:
Post a Comment