Tuesday, January 22, 2013

Kenapa perlu ada kad perubatan?


Bile sebut kad perubatan, ramai yang sudah sediada tahu tapi tidak semua tahu keperluannya. Cuba kalau kita sebut kad kredit, sudah tentu semua orang tahu dan berebut untuk memiliki setiap satu. Mana tidaknya, kad kredit boleh membantu kita menunaikan nafsu membeli kita bila-bila masa tanpa perlu memikirkan akibatnya.

Manakala kad perubatan hanya ada kepentingan pada kita bila mana kita ditimpa musibah, dalam erti kata lain kita ditakdirkan jatuh sakit atau ditimpa kemalangan. Ramai yang kebiasaanya mengambil ringan faktor ini, kerana hakikatnya kita selalu menyangkakan bahawa kita akan sentiasa sihat dan kita cukup terhindar dari ditimpa kemalangan.

Hakikat yang biasa kita cuba mengelak dari memikirkannya adalah, pada era sekarang semua golongan berpeluang untuk sakit, tidak kira usia dan bangsa disebabkan faktor pemakanan yang dipengaruhi pelbagai unsur serta keadaan alam sekitar yang semakin dicemari pelbagai jenis kimia disekeliling kita.

Seperti yang kita boleh perhatikan, setiap hari pelbagai berita berkaitan kematian dan pesakit kronik yang boleh kita baca di dada akhbar. Malah dalam sehari, kita boleh bertembung dengan ambulans yang berpusu-pusu membawa pesakit ke hospital. Tidak cukup dengan itu, hospital kerajaan sentiasa dibanjiri oleh ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan segera  sehingga parking lot yang disediakan terpaksa ditambah kerana lambakan kereta yang tidak dapat dimuatkan di parking yang disediakan.

 hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta

Hakikatnya, semua orang ingin mendapatkan rawatan di hospital, tetapi disebabkan faktor tempoh menunggu   yang lama, ada kemungkinan penyakit boleh melarat atau pesakit terpaksa menanggung kesakitan lebih lama. Apa yang kita tidak tahu, sebenarnya semua orang berhak mendapatkan rawatan dan servis yang terbaik dengan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Tetapi disebabkan faktor kos perubatan yang tinggi, niat tersebut terpaksa dihapuskan.

Fakta yang kita perlu ambil tahu, hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta. Kerana bagi pesakit yang tidak memiliki sebarang kad perubatan, pihak hospital swasta kan meminta bayaran deposit sehingga 50% daripada kos perubatan yang bakal diambil. Bagi golongan yang berkemampuan, sudah tentu tiada masalah tetapi tidak bagi golongan yang sederhana. Dari situlah ada golongan memilih jalan singkat dengan menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran. Secara tidak langsung mengambil risiko untuk menanggung hutang.

Ikutkan terdapat banyak lagi kepentingan kad perubatan yang dapat diulaskan. Tapi nanti saya akan kongsikan selebihnya dalam bentuk pint pula. Sementara itu, anda renungkanlah sendiri.

0 comments:

Post a Comment