Bagaimana hendak merancang kewangan anda?

Anda boleh dapatkan tips disini atau hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat.

Ingin tunaikan rukun Islam ke-5

Kini anda boleh mendapatkan khidmat pengurusan kewangan untuk menunaikan Haji.

Tuesday, January 29, 2013

Jangan letakkan nyawa pada takaful?


Ada satu ketika, saya berhajat untuk berada di pejabat untuk membuat sedikit kajian. Tak lama selepas tu, saya dimaklumkan ada individu yang walk in untuk mendapatkan maklumat berkenaan perlindungan perubatan takaful. Yang pasti individu tersebut hanya menumpukan berkenaan takaful.

Individu tersebut bekerja di sektor kerajaan tetapi ditempatkan di Singapore.Menurut beliau, hakikatnya dia memang tidak pernah percaya dengan insurans sekalipun takaful. Tetapi hatinya terdetik untuk mendapatkan maklumat setelah beberapa kali nyaris terlibat dalam kemalangan setiap kali perjalanan ulang alik dari Kluang ke Johor Bahru.

Tapi perbualan kami jadi menarik apabila beliau berkongsi tentang pendapat seorang kawannya.

Individu : Pernah kawan saya bagitau, jangan letakkan nyawa kita pada takaful atau insurans.Apa pendapat encik?

Agak ringkas soalan yang diutarakan.Lalu saya hanya mampu berkongsi dengan ilmu yang ada, dengan harapan jawapan yang bakal saya beri menjawab persoalan beliau.

Saya : Pada pendapat saya, mendapatkan khidmat perlindungan perubatan atau khairat kematian takaful bukan bermakna kita meletakkan nyawa pada takaful. Sebaliknya kita menpersiapkan diri kita sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Tambahan pula kita tidak mahu membebankan ahli keluarga kita yang sediada kita tahu mereka bergantung pendapatan daripada kita.

 Apa agaknya yang akan berlaku, seandainya punca pendapatan kita terhenti disebabkan kita jatuh sakit atau meninggal dunia.Bagaimana dengan keluaga yang bergantung harap pada kita untuk teruskan kehidupan? Bagaimana mereka nak dapatkan belanja perubatan yang semakin meningkat tinggi? Bagaimana anak-anak kita yang memerlukan keselesaan untuk mendapatkan pendidikan pelajaran yang cukup?
Sekiranya  kita mempunyai perlindungan perubatan atau khairat kematian, tidak bermakna kita bersedia untuk sakit atau meninggal dunia pada bila-bila masa. Sebaliknya secara asasnya, kita perlu menjaga kesihatan dan keselamatan kita. Sesungguhnya segala sesuatu semuanya dengan izin Allah SWT.

Agak panjang lebar penjelasan yang saya balas untuk 1 perkongsian ringkas. Individu tersebut hanya mengangguk tanda setuju.

Hadith Riwayat Al-Bukhary juga ada menyatakan
"Tinggalkan anak dan isteri kamu, kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan yang meminta-minta"

Tuesday, January 22, 2013

Kenapa perlu ada kad perubatan?


Bile sebut kad perubatan, ramai yang sudah sediada tahu tapi tidak semua tahu keperluannya. Cuba kalau kita sebut kad kredit, sudah tentu semua orang tahu dan berebut untuk memiliki setiap satu. Mana tidaknya, kad kredit boleh membantu kita menunaikan nafsu membeli kita bila-bila masa tanpa perlu memikirkan akibatnya.

Manakala kad perubatan hanya ada kepentingan pada kita bila mana kita ditimpa musibah, dalam erti kata lain kita ditakdirkan jatuh sakit atau ditimpa kemalangan. Ramai yang kebiasaanya mengambil ringan faktor ini, kerana hakikatnya kita selalu menyangkakan bahawa kita akan sentiasa sihat dan kita cukup terhindar dari ditimpa kemalangan.

Hakikat yang biasa kita cuba mengelak dari memikirkannya adalah, pada era sekarang semua golongan berpeluang untuk sakit, tidak kira usia dan bangsa disebabkan faktor pemakanan yang dipengaruhi pelbagai unsur serta keadaan alam sekitar yang semakin dicemari pelbagai jenis kimia disekeliling kita.

Seperti yang kita boleh perhatikan, setiap hari pelbagai berita berkaitan kematian dan pesakit kronik yang boleh kita baca di dada akhbar. Malah dalam sehari, kita boleh bertembung dengan ambulans yang berpusu-pusu membawa pesakit ke hospital. Tidak cukup dengan itu, hospital kerajaan sentiasa dibanjiri oleh ramai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan segera  sehingga parking lot yang disediakan terpaksa ditambah kerana lambakan kereta yang tidak dapat dimuatkan di parking yang disediakan.

 hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta

Hakikatnya, semua orang ingin mendapatkan rawatan di hospital, tetapi disebabkan faktor tempoh menunggu   yang lama, ada kemungkinan penyakit boleh melarat atau pesakit terpaksa menanggung kesakitan lebih lama. Apa yang kita tidak tahu, sebenarnya semua orang berhak mendapatkan rawatan dan servis yang terbaik dengan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Tetapi disebabkan faktor kos perubatan yang tinggi, niat tersebut terpaksa dihapuskan.

Fakta yang kita perlu ambil tahu, hanya golongan yang mampu atau memiliki kad perubatan sahaja yang boleh mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta. Kerana bagi pesakit yang tidak memiliki sebarang kad perubatan, pihak hospital swasta kan meminta bayaran deposit sehingga 50% daripada kos perubatan yang bakal diambil. Bagi golongan yang berkemampuan, sudah tentu tiada masalah tetapi tidak bagi golongan yang sederhana. Dari situlah ada golongan memilih jalan singkat dengan menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran. Secara tidak langsung mengambil risiko untuk menanggung hutang.

Ikutkan terdapat banyak lagi kepentingan kad perubatan yang dapat diulaskan. Tapi nanti saya akan kongsikan selebihnya dalam bentuk pint pula. Sementara itu, anda renungkanlah sendiri.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit


Sudah lama saya terniat untuk menghadiri ceramah yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dianjurkan oleh Bank Negara untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Rasenye nama AKPK ni tidak terlalu asing bagi bank-bank yang ada di Malaysia.

Tempoh hari, saya telah pergi ke Bank Negara buat kali ke-3 , kerana sebelum-sebelum hari tertentu khas untuk ceramah tersebut jatuh pada hari cuti.

Ceramah pada hari tersebut bermula pada jam 3.30 petang, oleh itu saya datang lebih awal sedikit iaitu pada jam 3.00 petang. 
Tibanya saya di kaunter, saya pun bertanya pada staf yang bertugas di kaunter ketika itu.

saya : Cik, saya nak bertanya berkaitan ceramah yang dianjurkan oleh AKPK.

staf : Hari ni dah penuh lah encik. Encik boleh datang semula pada minggu depan.

Saya : Aik, baru pukul 3 dah penuh. Takkan nak postponed lagi. Ni dah masuk minggu ke-3 saya datang ni.

staf : Yelah encik, memang dah penuh. Tapi kalau encik nak join jugak, kene berdiri lah.

Saya pun lantas, terus menuju ke dewan ceramah tersebut. Tenyata apa yang diperkatakan oleh staf tersebut memang benar. Lebih dari 100 orang yang telah hadir ke ceramah tersebut. Ada yang muda, ada yang tua, ada yang kurus, ada yang gemuk, malah ada yang berkerusi roda. Memang semua bangsa ada dalam dewan tue.

Setelah hampir 2 jam mendengar taklimat, peluang untuk memberikan soalan diberi kepada para tetamu. Memang kebanyakkan yang hadir sudah tentu disebabkan tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutang mereka. Malah ada yang telah dikenakan tindakan undang-undang.

Yang memeranjatkan, ada yang menanggung hutang kredit kad dari 6 buah bank. Malah setiap bank memberi 2 jenis kredit kad iaitu visa dan mastercard. So jumlah kesemuanya adalah 16 kredit kad. Tak boleh bayang berapa banyak hutang yang perlu dilunaskan.

Seterusnya pelbagai soalan yang telah diajukan dan pelbagai masalah yang dikemukakan. Setelah selesai, saya pun pulang dengan pelbagai persoalan yang bermain difikiran. Kesimpulan yang saya dapat buat pada hari itu, sekalipun kerajaan atau NGO wujudkan berpuluh agensi untuk membimbing kita untuk merancangan kewangan kita, kalau diri kita sendiri tidak mampu berfikir logik dan mengambil langkah awal berkenaan kewangan kita. Jumlah penghutang yang hadir dengan harapan yang menggunung tidak akan pernah susut.

Survey turut menyatakan :

73% rakyat Malaysia gagal mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan, dengan erti kata lain mengelak dari mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan.